Belum terlambat rasanya saya nak ucapkan selamat tahun baru kat awak sayang...apa azam awak untuk tahun baru ni???? awak nak tahu tak azam saya tahun ni KAHWIN... hehehe...tak adalah awak, saya main-main je.. semalam dah bertambah usia kita kan sayang...saya harap dengan makin bertambah usia kita ni semakin kita matang dalam membuat keputusan dan semoga dengan bertambahnya usia kita semakin bertambahlah amalan kita dan semakin kita perlu menguatkan iman kita dari segala godaan yang bakal mendatang dan mungkin sangat mencabar yang perlu kita tempuhi.. kita kuat kan sayang.. awak duduk kat sana jangan gatal-gatal tau.. macam mana awak boleh setia dengan saya sebelum tahun-tahun yang lepas saya harap tahun ni pun awak boleh lakukan perkara yang sama..tapi bukan untuk tahun ni je tau sayang.. untuk sampai bila-bila..awak jangan duakan saya tau sayang...ingat pesan saya ni..saya percayakan awak,awak jangan rosakkan kepercayaan saya...awak jangan cuba-cuba nak cari kekasih baru pulak sempena tahun baru ni..nanti saya rotan awak..saya mengadu kat mak awak... biar awak dapat dengar ceramah percuma tanpa perlu dibayar..bukan senang tau nak dapatkan peluang keemasan macam tu..saya sayang awak dan saya harap awak pun sama...
Apa yang saya nak untuk tahun baru ni..
- menjadi seorang manusia yang lebih taat..
- menjadi seorang anak yang lebih baik..
- menjadi seorang kakak yang lebih memahami...
- menjadi seorang kekasih yang dapat membuat kekasihnya tersenyum..
- menjadi seorang wanita yang lebih baik untuk keluarga dan orang yang tersayang
Apa yang saya harapkan dalam hubungan kita...
- sebuah hubungan yang diredhai oleh pencipta-Nya
- sebuah hubungan yang dapat dipertahankan..
- sebuah hubungan yang lebih matang dalam mendapatkan keputusan..
- sebuah hubungan yang akan membuatkan kita sentiasa senyum..
- sebuah hubungan yang penuh dengan kejujuran dan keikhlasan dan kepercayaan...
p/s:awak bantu saya ye sayang.. love u so much...
No comments:
Post a Comment