Thursday, January 17, 2013

Aktiviti Jumaat 2

Selamat Hari jumaat... ASSALAMUALAIKUM....

Adap Bercakap...


  • bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan
  • jangan bercakap dengan nada yang samar-samar
  • bercakaplah didepan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap 'belakang' ini mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham
  • jika seseorang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu brlum habis dibincangkan, maka janganlah kita mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualan itu
  • jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya
  • jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucaplah tentang sesuatu yang memberangsangkan.
  • jangan sesekali meniru gaya percakapan orang lain..
  • jangan bercakap tentang hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci maki orang...
  • jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seelok-eloknya panggillah dengan nama yang memuliakan mereka
  • jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkan
  • jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti tentangnya..
p/s: selamat beramal...bersama menuju kearah kebaikan..

No comments:

Post a Comment