Thursday, January 10, 2013

Aktiviti Jumaat 1

Assalamualaikum....selamat hari jumaat...

Baik lah tak perlu nak berdolak-dalih... sempena hari yang baik,penghulu segala hari marilah kita berkongsi sedikit ilmu yang baik untuk peringatan bersama...saya paling suka hari jumaat kerana jumaat adalah hari yang istimewa...kenapa?1. jumaat rehatnya lama waktu bekerja... 2. hari ini jumaat esok nya sabtu...cutikan? teruknya saya....sempena hari jumaat yang indah di waktu ini saya nak berkongsi serba sedikit yang telah dibaca dalam sebuah buku yang telak dipetik dalam Petikan Kuliah Subuh Oleh Ust.Dr.Pauzi Deraman ..

ORANG MUKMIN DIWAJIBKAN BIMBANG DENGAN 6 PERKARA:

  1. Bila Allah tarik iman dari kamu sebab sesuatu perbuatan atau percakapan
  2. Bila malaikat hafazah menulis perbuatan-perbuatan yang buruk dan haram
  3. Bila syaitan membatalkan amalan soleh kita
  4. Malaikat maut mengambil nyawa kita dalam keadaan leka atau semasa melakukan maksiat
  5. Dunia memperdaya dengan pelbagai aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak memberi manfaat apabila di akhirat
  6. Urusan keluarga membuatkan kita lupa amalan di akhirat(jangan salahkan anak dan cucu apabila tidak dapat ke masjid untuk solat jemaah dan mendengar ceramah agama)

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu 
dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan
 bantahlah mereka dengan cara yang baik.
 Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih
 mengetahui tentang siapa yang tersesat dari
 jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui
 orang-orang yang mendapat petunjuk"
(Surah Al-Nahl Ayat 125)

p/s: bersamalah kita beramal ke arah kebaikan..


No comments:

Post a Comment