Monday, January 14, 2013

Cikgu 5 hari :2

Selamat bekerja kepada yang sedang bekerja dan selamat bermimpi yang masih berselimut diatas katil..bestnye kalau boleh tidur sekarang...boleh mimpi ke bulan...zzzZZzzZZzzzzZ....JANGAN TIDUR........

Cerita ini adalah sambungan daripada cerita semalam yang menceritakan bagaimana saya akan menjadi cikgu untuk 5 hari sahaja ya 5 hari bukan 6,bukan 7,bukan 8... kenapa tidak bertahun-tahun lamanya saya bergelar seorang guru? tidak layakkah diri ini....sobsob...:(

Cikgu 5 hari?ada ke? sekolah mana yang memerlukan cikgu hanya untuk 5 hari? adalah..ada..ada...disini..


Haaaaaa...disinilah saya menjadi cikgu untu 5 hari tu... seronok sangat..dapat pengalaman baru yang sangat berguna untuk saya...dulu saya menjadi pelatih sekarang saya menjadi cikgu untuk pelatih-palatih yang dibawah jagaan saya selama 5 hari yang seramai 46 orang...sebelum masuk ke dalam kelas hati ni berdebar-debar rasa macam nak gugur...iya la kan..saya ni mana la ada pengalaman mengajar lain la kalau masa study dulu ambil pendidikan comfirm perasaan yang saya rasakan ketika itu tidak ketara...tapi alhamdulillah semuanya dapat diatasi setelah saya mula melangkah ke dalam kelas...semuanya berjalan dengan baik...

Aku rasa bahagia..bangga..suka kerana pelatih-pelatih memanggil aku dengan gelaran cikgu.."Cikgu Mida"ececececee..sukanya aku..hehehe... tipulah kalau aku cakap tak ada cabaran semasa aku menjadi cikgu selama 5 hari tu kan? susah sebenarnya nak mengajar pelatih-pelatih yang sudah besar ni..banyak kerenahnya...dalam kelas saya.. ada 3 orang yang suka sangat bermain bingo.. saya perlu selalu memantau mereka supaya memberi perhatian... ada yang suka melekat dekat dinding...ada yang suka baring..ada yang suka tidur... sampai saya perlu berkata " DINDING DENGAN LANTAI KELAS CIKGU BUKAN UNTUK BERSANDAR DAN BERBARING...SEMUA DUDUK!!!!" garangnya saya..hehe.. tolong la jangan jadi cicak...

Bila tiba masa main games..memang semuanya semangat..kan bagus kalau semangat mereka ni samapai bila-bila...semanagat yang sangat bagus jika dalam menuntut ilmu...

Apa yang saya ajar sebagai cikgu? saya perlu mengajar 3 modul..
  1. Modul kebudayaan
  2. Modul keagamaan
  3. Modul peranan lelaki dan perempuan
Nampak senang kan?susah sangat yang sebenarnya...dalam setiap modul banyak tajuk-tajuk kecil...dalam modul kebudayaan..semua budaya masyarakat yang ada kat Malaysia ni harus diterangkan menggunakan 10 metodologi yang disediakan..budaya yang saya sendiri tak pernah tahu pun saya perlu tahu untuk menerangkan kepada pelatih-pelatih...segala agama yang ada di atas muka bumi ni juga perlu diketahui dan yang lebih senangnya kerana mengambil anutan manusia di Malaysia sahaja..dalam peranan lelaki dan perempuan saya selalu berkata ' lelaki dan perempuan tiada bezanya dua-dua ada kelebihan dan kekurangannya' kata-kata ni perlu agar palatih-pelatih memandang rendah sesama jantina...

Kenangan termanis yang paling saya ingat adalah kumpulan saya...opppps lupa nak bagi tahu...saya cikgu kumpulan 5.. kami bahagikan kepada 5 kumpulan... kumpulan saya atau kumpulan lima telah memenangi kedua-dua pertandingan yang dipertandingkan pada hari terakhir saya menjadi cikgu... tak saya sangka kumpulan saya boleh memenangi kedua-dua pertandingan tersebut... jom layan gambar jom... :)


cikgu bella tiada didalam gambar ni kerana cikgu bella sebagai photografer yang cun..
cikgu fazwan..cikgu su..cikgu hana..cikgu mida..


persembahan kumpulan 5 yang mendapat tempat pertama... boria ok..


pelatih kumpulan 5 yang tidak terlibat dengan persembahan kerana menyiapkan pokok integrasi..


saya cikgu mida bersama pelatih kumpulan lima bersama pokok integrasi yang mendapat tempat pertama itu...cantik kan? siap ada bunga-bunga sakura lagi tu... :)



cikgu hana dan cikgu bella yang cun..

p/s: hope akan ada peluang lagi untuk menjadi cikgu 5 hari..

No comments:

Post a Comment