Anda semua macam mana? sudah berikan senyuman kepada sesiapa pagi ini? kalau belum kejap lagi jangan lupa senyum tau... bukan susah pun nak senyum kan? tapi jadi susah bila kita sedang marah..muka mesti masam mencuka...bibir pasti melengkung ke bawah macam ni ( ..
Kenapa perlu mulakan hari kita dengan senyuman?
supaya kita lebih bersemangat..senyuman di awal hari itukan menunjukkan
kita ni gembira dan senang hati...pasti kerja kita pada hari itu berjalan dengan lancarnya...
senyuman itukan dapat menceriakan suasana...senyuman akan dapat memberikan kita satu semangat yang kita sendiri tidak sedar...senyum semua...senyum...senyummmmmm...
Senyuman itukan sedekah? tapi senyumlah dengan ikhlas barulah boleh dikatakan sedekah...
jangan plastik tau...
walaupun kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit atau harta benda cukuplah sekadar senyum kerana dengan senyum itu dapat menceriakan orang lain yang sedang menghadapi masalah..
.bukannya susahkan..
cuma perlu senyum..
begitu senang kita melakukan kebaikan dan mendapat pahala kan? jadi tak perlulah nak menyembunyikan senyuman manis anda kerana ianya hanya membawa kepada suatu pembaziran...
pepatah inggeris ada berbunyi...
smile will certainly make others happy
smile will make your face turn brighter
smile will make your soul cleaner
and
smile will make your lovelier by end of the day
kenapa perlu senyum bila disakiti?
kerana senyum adalah ubat..
.bila senyum hati rasa tenang..
.perasaan sakit itu akan beransur pulih...
pasti ramai yang pernah merasainya...
kalau saya senyum
awak mesti senyum sekali
kalau kita senyum
semua orang berjangkit
bila semua orang senyum
dunia tiada penyakit...
senyum..
tak perlu kata apa-apa
senyum..
tak perlu kata apa-apa
senyum...
tak perlu kata apa-apa
senyum...
tak perlu kata apa-apa..
jadi...apa lagi?
jom la senyum...
tidak salah kita mengukir senyuman di wajah kita..tidak luak pun malah menanbahkan seri di wajah..awet muda tu...marilah kita sama-sama memberikan senyuman...agar semuanya menjadi sempurna...
senyuman itu mahal dan sangat berharga...
pic by mr.goOgle
p/s:jangan senyum tak kena tempat pulak... nanti orang kata kita G*** dan tak B****...
No comments:
Post a Comment