Monday, February 18, 2013

Jalan tengok lampu


Fuuuhhhhhhhhhhhhhhhh...lamanya rasa tak menjengok my baby love ni....lap sikit lah bagi bersih...tebas-tebas lalang dulu...banyaknya sawang...pemalas sungguh saya ni....habis berlumut dah...ye la kan..musim hujan ni..kena air cepat la berlumut....dah siap kemas...baru boleh conteng-conteng...

Nak cerita apa ye?????? cuci mata dulu la...

tengok gambar ni mesti dah boleh teka kat mana kan? ada kaitan tak dengan tajuk????????? ada la kot...tak ada apa yang nak diceritakan sebenarnya...tak ada idea la...tengok gambar je la ye...setiap gambar tu kan mempunyai beribu erti...boleh kan...




kami naik benda alah ini ok...kecut perut rasa..tapi memang best...lain kali nak naik lagi la...





p/s:ada masa kita tengok lampu lagi ye...ada la lagi outstation ke KL lagi...

Thursday, January 24, 2013

Aktiviti Jumaat 3

Assalamualaikum dan selamat hari jumaat.... Salam Maulidur Rasul....

Adap Berjanji..

  • Jangan sesekali membuat janji sekiranya anda telah berniat untuk tidak menunaikan janji itu...(jangan suka-suka berjanji tau...)
  • Jangan berjanji untuk membuat sesuatu perkara yang haram atau pun melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan (jangan berjanji buat benda-benda yang tak elok tau..)
  • Jangan membuat janji sekiranya diri anda berada dalam keadaan tergesa-gesa (nanti tak tertunai pulak..)
  • SEkiranya telah membuat janji maka tunaikanlah janji itu dan jangan sesekali melanggari janji itu jika anda tiada alasan yang kukuh dan wajar...
  • JIka kita berjanji dengan anak-anak untuk memberinya sesuatu maka janji itu wajib ditunaikan.
p/s: selamat beramal...

Tuesday, January 22, 2013

Bila gugurnya air mata

Fuhhhhhh.... dengar pada tajuk pun sudah cukup 'leleh;. Namun apa boleh buat? Pasti semua akan fikirkan perkara yang menyedihkan bila bercerita mengenai air mata... Namun masih ramai yang tidak tahu barangkali air mata yang mengalir laju itu juga sebenarnya mempunya 'kisah manis' disebaliknya untuk dikongsi...dan diingati sebagai rakaman memori indah untuk dikenang sampai bila-bila....

Perkara yang menyedihkan pasti akan memberi kesan kepada hati...ianya akan dikenang dalam sedu...perkara yang menyenangkan pasti terpahat padu dihati..ianya akan dikenang dalam tawa...bila saya teringatkan perkara yang menyedihkan pasti air mata berguguran...dan apabila saya terkenangkan perkara yang menggembirakan pasti senyuman terukir di bibir...

p/s:saja je buat gempak...hehehe :)

Berbaloi-baloi..berganda-ganda...

SElamat pagi...pagi yang ceria buat warga Pahang yang tidurnya dibuai mimpi indah...yeeeyyyyyyyyyyyyyyyyyy Pahang menang besar semalam..berbaloi-baloi rasa berada di Stadium Darul Makmur (SDM) semalam...PAHANG(3) vs TERENGGANU(0)....

MARI LIHAT KEMERIAHANNYA DULU...


penyokong-penyokong Tok Gajah yang Superb!!! cayalah korang...games seterusnya penuhkan lagi SDM tau...


Sebelum bermulanya  perlawanan...


Nampak tak yang putih-putih kat sebelah kanan gambar? itulah penyokong Terengganu...


ELEPHANT aRMY memang best...teruskan usaha anda memberi sokongan padu kepada TOK GAJAH.


Meriah kan? SDM hampir dipenuhi dengan para penyokong yang sentiasa bersama walau apa jua keadaan sekalipun...ewah ayat tak tahan...huhu...tapi serius..memang penuh..ramai giler penyokong dan yang pastinya penyokong TOK Gajah la kan...salah seorangnya saya la...kalau tak ada saya dari mana munculnya gambar-gambar di atas...ya ke tidak? Salute la sama penyokong Tok Gajah... Elephant Army...korang memang superb!!!!! semangat yang tinggi ditunjukkan...sorakan yang best..rasa nak menari je kat situ...tapi malu....
Nak bangga jadi warga Pahang...Nak bangga jadi anak Pahang...Nak bangga hidup di bumi Pahang..... :)

HITAM PUTIH TAKKAN PADAM...
TETAP SELAMANYA TETAPKAN BERSAMA.. 

KAMI PENYOKONG TOK GAJAH... TAK KIRA MENANG ATAU KALAH YANG PENTING HAPPY...

abaikan pemandangan belakang ye...


inilah kami...semangat tak kami...kuning tau...menyerlah sangat..Pahang memang best la...nampak tak ramai je penyokong kat sini...jangan silap tau...ketika gambar ini di snap...penyokong-penyokong sejati Pahang belum lagi masuk SDM...awal lagi masa ni..tu yang nampak kosong..bila nak start perlawanan, penuh beb..sampai ada yang berdiri...duduk atas tangga pun ada...masa separuh masa pertama saya mengantuk je rasa..berapa kali dah menguap..ngantuk giler..layu je mata ni...ye la, boring kot...lambat sangat nak golnya....masa rehat separuh masa pertama, hujan renyai mula turun...Ya Allah jangan la hujan...rupanya sekejap je..hujan rahmat agaknya..kami sipa berpayung lagi..payung yang kecil tu dikongsi enam orang..cuba bayangkan...tutup kepala je la bak kata kawan saya.nanti demam...

Separuh masa kedua best giler... start Hafiz Kamal berjersi 21 menyumbangkan gol yang pertama buat Pahang mataku mulai membulat...semangat kot bersorak...gol Pahang gol...hehehe... bila gol yang kedua di jaringkankan oleh hero Tok Gajah.. Fauzi Roslan-19 dari duduk terus berdiri...memang bestla...lagi bestnya ada 4 orang manusia tersesat di tempat kami yang menyokong Terengganu..memang kena boooooooo la kan.... heheheeh BOrji oooo BOrji....kelakar sungguh si BOrji tu...kenapa la Dollah Salleh selalu masukkan dia..tak sia-sia Dollah Salleh masukkan Hafiz... 2 gol kot dia sumbang... Pahang Mesti Menang...





apa jadi selepas Pahang menjaringkan 2 gol dan nak masuk 3?tenggok gambar di bawah dan fikirkan sendiri ok?




p/s:lain kali kita ke SDM lagi ye....




Thursday, January 17, 2013

Aktiviti Jumaat 2

Selamat Hari jumaat... ASSALAMUALAIKUM....

Adap Bercakap...


  • bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan
  • jangan bercakap dengan nada yang samar-samar
  • bercakaplah didepan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap 'belakang' ini mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham
  • jika seseorang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu brlum habis dibincangkan, maka janganlah kita mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualan itu
  • jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya
  • jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucaplah tentang sesuatu yang memberangsangkan.
  • jangan sesekali meniru gaya percakapan orang lain..
  • jangan bercakap tentang hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci maki orang...
  • jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seelok-eloknya panggillah dengan nama yang memuliakan mereka
  • jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkan
  • jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti tentangnya..
p/s: selamat beramal...bersama menuju kearah kebaikan..

Wednesday, January 16, 2013

Entah...

Selamat petang oh my darling...

Hari ni baru sekarang ada masa nak mencoret-coret...sibuk manguruskan hal di imegresen...ramai sungguh manusia di situ...ramai yang nak pergi melancong agaknya...

Entah?
Entah?Entah?
entah?Entah?Entah?
tiada kaitannnnnnnnnnn dengan diatas...

Semalam entah apa yang difikirkan tiba-tiba terasa nak makan kek...
Entah la..mungkin lama dah tak makan kot...
Sedang menyapu rumah tiba-tiba saya menjerit kepada kawan saya... 'jom keluar'..
Kawan saya bertanya nak pergi mana?
Beli kek...

Bila sampai kedai kek...saya tak tahu nak pilih kek yang mana..entahla..
Coklat?muak...Blueberry?yumyum....orange?nono...pandan...yes!
Dah siap pilih pergi kaunter untuk bayar...
Orang tu tanya nak tulis apa?
Nak tulis apa ya?
Saya dan kawan saya Elly...Entah..nak tulis apa ya..
Elly tanya saya saya jawab..
Entah...
Saya tanya Elly..
Elly jawab entah...
Last-last kami buat keputusan untuk tulis....
jeng jeng jeng....






Ulang tahun ke-24...apa pun tak boleh...tahun lepas tak sempat nak meraikannya...jadi semalam pun boleh la...hehehe

p/s:kepada sesiapa yang belum sempat meraikan ulang tahun...sempat-sempatkan la... :)

Bila baca saya kongsi... 1

14 kaedah syaitan memasuki hati manusia... itu apa yang saya baru lepas baca...menarik dan boleh dikongsikan...bermacam cara rupanya syaitan ni boleh mempengaruhi hati kita...kita sebagai manusia yang sentiasa lalai ni perlulah sentiasa memohon perlindungan pada Yang Maha Esa... syaitan dan iblis sudah berpakat mahu menyesatkan manusia hingga manusia tunduk dan menjadi sebahagian dari mereka...

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda sekiranya orang lelaki dan perempuan berdua-duaan,maka akan ada yang ketiga...haaaa...siapa ye?siapa tahu? syaitan la kan...saya tahu...

  • bermula dengan bisikan syaitan agar menggemari perihal keduniaan,kemudian dihasut agar terpaut lalu mencintai dunia pila. sedangkan kehidupan akhirat terus dipinggir dan terkeluar dari lubuk hati...
  • terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan. berangan sehingga seharian tanpa melakukan sebarang pekerjaan berfaedah.
  • sifat terlalu rakus dan tamak terhadap harta serta kehidupan dunia boleh menjadi titik kelemahan manusia membenarkan syaitan menyelinap ke dalam hatinya.
  • bakhil dengan apa yang diperolehinya kerana bakhil itu merupakan pintu kesombongan.
  • Riya', takbur dan angkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.
  • Ujub (kagum dengan diri sendiri) dan sombong adalah penyakit hati yang perlu diperangi.
  • sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan suka berdendam.
  • memandang remeh akan dosa-dosa kecil.
  • suka dan gembira apabila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah SWT.
  • memandang rendah kepada orang lain.
  • bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.
  • suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong
  • syaitan sangat suka menghasut ketika manusia itu sedang marahjadi kawallah marah anda ya...
  • putus asa dengan rahmat Allah SWT.
p/s:bersamalah kita memperbaiki diri dan menuju ke arah kebaikan...selamat beramal.