Nabi Muhammad SAW pernah bersabda sekiranya orang lelaki dan perempuan berdua-duaan,maka akan ada yang ketiga...haaaa...siapa ye?siapa tahu? syaitan la kan...saya tahu...
- bermula dengan bisikan syaitan agar menggemari perihal keduniaan,kemudian dihasut agar terpaut lalu mencintai dunia pila. sedangkan kehidupan akhirat terus dipinggir dan terkeluar dari lubuk hati...
- terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan. berangan sehingga seharian tanpa melakukan sebarang pekerjaan berfaedah.
- sifat terlalu rakus dan tamak terhadap harta serta kehidupan dunia boleh menjadi titik kelemahan manusia membenarkan syaitan menyelinap ke dalam hatinya.
- bakhil dengan apa yang diperolehinya kerana bakhil itu merupakan pintu kesombongan.
- Riya', takbur dan angkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.
- Ujub (kagum dengan diri sendiri) dan sombong adalah penyakit hati yang perlu diperangi.
- sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan suka berdendam.
- memandang remeh akan dosa-dosa kecil.
- suka dan gembira apabila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah SWT.
- memandang rendah kepada orang lain.
- bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.
- suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong
- syaitan sangat suka menghasut ketika manusia itu sedang marahjadi kawallah marah anda ya...
- putus asa dengan rahmat Allah SWT.
p/s:bersamalah kita memperbaiki diri dan menuju ke arah kebaikan...selamat beramal.
No comments:
Post a Comment